Anak Jati Johor

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Kepada semua pembaca sekalian, terima kasih kerana anda sudi melayari laman blog Anak Jati Johor.
Dalam blog ini, saya akan berkongsi bersama anda sedikit ilmu pengetahuan yang mungkin anda boleh gunakan apabila diperlukan nanti. Diharapkan kita akan sama- sama dapat mempelajari dan berkongsi maklumat yang berguna ini.
Sekian, selamat membaca dan salam 1 Malaysia.

Monday, July 5, 2010

FIUS (FUSE)








Fius yang boleh didawaikan semula (Rewireable fuse)









Fius Kartrij (Catridge Fuse)









Fius Kapasiti Pemutus Tinggi (High Rapturing Capacity Fuse)


Istilah- istilah yang berkaitan dengan fius :
i) Elemen fius - adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang berlebihan mengalir melaluinya.

ii) Arus Nominal - ialah arus maksimum yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan elemen fius.

iii) Arus fiusan - ialah arus minimum yang boleh mencairkan elemen fius.

iv) Faktor fiusan - ialah nisbah arus fiusan dengan kadaran arus.

JENIS- JENIS FIUS.
Terdapat 3 jenis fius yang biasa digunakan sebagai alat perlindungan arus lebihan mengikut piawai British (BS). Ketiga- tiga jenis itu ialah :
i) Fius yang boleh didawai semula, BS 3036
ii) Fius kartrij, BS 1362
iii) Fius kapasiti pemutus tinggi, BS1361 dan BS 88


FIUS YANG BOLEH DIDAWAI SEMULA (REWIREABLE FUSE)
Fius yang boleh didawai semula (BS3036) biasanya digunakan di pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di perindustrian.

Ciri- cirinya :
1. Terdapat daripada dawai elemen yang disambung dalam satu penghubung fius yang boleh dikeluarkan daripada tapak fius.
2. Dawai elemen fius diperbuat daripada aloi iaitu campuran timah plumbum atau daripada jenis kuprum tulen. Ianya boleh ditukar sekiranya elemen putus.
3. Arus nominal bergantung pada saiz dawai elemen fius.

Kebaikan :
a) Dawai fius elemennya paling murah jika dibandingkan dengan alat perlindungan yang lain.
b) Senang ditukar ganti.

Kekurangan :
a) Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat.
b) Mungkin diganti dengan saiz elemen fius yang salah.
c) Kapasiti pemutusan rendah dan akan merosot.


FIUS KARTRIJ (CATRIDGE FUSE)
Fius kartrij biasanya digunakan di dalam palam (plug) 13A bagi alat perkakas elektrik atau bagi melindungi meja makmal dari arus lebihan. Ia juga boleh dianggapkan sebagai fius tambahan daripada fius dalam papan agihan.

Ciri- cirinya :
1. Terdiri daripada satu tiub yang diperbuat daripada kaca atau seramik ataupun tembikar.
2. Arus nominal fius ialah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A, 1A, 2A, 3A, 5A dan 13A.
3. Faktor fiusan adalah dalam kelas Q1 dan Q2. Q1 iaitu diantara 1.25 hingga 1.5 kali. Q2 iaitu diantara 1.5 hingga 1.75 kali.

Kebaikan :
a) Kadar arus nominalnya diketahui dengan tepat.
b) Kapasiti pemutusan tidak merosot.
c) Dapat mengelakkan arka dan bunyi yang kuat.
d) Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang tertentu.

Kekurangan :
a) Elemen fius putus keseluruhan kartrij tidak boleh digunakan.
b) Pemegang fius hanya sesuai dengan saiz kartrij yang tertentu.


FIUS KAPASITI PEMUTUS TINGGI (HIGH RAPTURING CAPACITY FUSE)
Fius kapasiti pemutus tiunggi (BS1361, BS88) digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang tinggi. Pada kebiasaannya fius ini mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi.

Ciri- cirinya :
1. Terdiri daripada satu tiub seramik dengan penutup hujungnyadiperbuat daripada logam. Bagi fius jenis BS88 ia mempunyai tapak penyambung.
2. Dawai elemen fius diperbuat daripada jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta diselaputi oleh serbuk mineral.
3. Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
4. Arus nominal fius iaitu BS1631 ialah 5A, 15A, 20A, 30A, 45A, 60A, 80A dan 100A. Manakala arus nominal fius iaitu BS88 ialah 6A, 16A, 25A, 40A, 63A, 100A, 160A, 250A, 400A dan 630A.

Kebaikan :
a) Dapat mengelakkan arka dan bunyi yang kuat.
b) Dapat mengawal arus tinggi.
c) Dapat diskriminasikan arus.
d) Kapasiti pemutusan tinggi.
e) Mempunyai tanda pemutusan.

Kekurangan :
a) Paling mahal.
b) Mengambil masa untuk mengganti fius yang baru.
c) Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak fius yang tertentu.



SUIS










Suis adalah satu alat mekanikal yang boleh memutus , membawa dan menyambung arus litar secara manual dalam keadaan normal. Saiz piawaian suis yang digunakan di pemasangan domestik mengikut piawai British (BS) ialah BS3676. Suis yang digunakan di dalam sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal. Terdapat pelbagai jenis kutub tunggal yang digunakan ketika ini yang berbeza- beza dari segi bentuk, kawalan dan sebagainya.
Diantarnya adalah seperti berikut :
a) Suis sehala
b) Suis dua hala
c) Suis perantaraan

Struktur Binaan Suis.
1) Badan dan penutup suis mestilah diperbuat daripada bahan penebat yang baik dan tahan daripada arus beban yang mengalir melaluinya. Biasanya bahan yang digunakan ialah daripada jenis baklit.
2) Terdapat dua atau lebih terminal (bergantung kepada jenis suis) bagi punca sambungan diantara pengalir fasa bekalan dan beban.
3) Kendalian pemutusan suis terdiri daripada dua jenis iaitu sambung dan putus cepat (quick make and break) dan celah mikro.

Pemutus secara sambung dan putus cepat.
Tangkai toggel suis dapat dikendalian dengan cepat dan pantas. Tujuannya untuk mengelakkan terbentuknya arka ketika pemutusan dijalankan. Suis jenis ini biasanya ketika menutup dan membuka akan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Pemutus secara bukaan celah micro.
Tangkai toggel suis hanya membuka sesentuh dengan jarak yang kecil iaitu 6mm dan cara ini hanya sesuai untuk kawalan litar arus ulang alik. Suis jenis ini dikendalikan dengan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat.

Jenis bentuk badan suis adalah seperti berikut :
a) Jenis permukaan (tumbler dan flust ivory).
b) Jenis semi tersembunyi.
c) Jenis tarik atau siling.
d) Jenis khusus untuk pemasangan dalam sistem konduit.


Friday, July 2, 2010

BUAT PENDAWAIAN LITAR KUASA - SOKET ALUR KELUAR











Alat, kelengkapan dan bahan :

1) Tukul pendawaian
2) T ruler
3) Playar gabung
4) Pemotong wayar
5) Test pen
6) Flat screw driver
7) Philip screw driver
8) 1 soket alir keluar BS 1363
9) Cable 2.5mm (merah)
10) Cable 2.5mm (hitam)
11) Cable 2.5mm (Hijau)
12) Klip timah
13) Paku pendawaian (wiring nail)
14) Tapak PVC
15) Skru


Tekankan aspek-aspek keselamatan :
a) Tutup suis utama terlebih dahulu.
b) Jangan bermain- main di dalam bengkel/ tempat kerja
c) Berhati- hati semasa melakukan kerja- kerja memaku


Langkah- langkah kerja :

1) Buat kerja- kerja penandaan.
a) Lakarkan litar skematik mengikut ukuran yang diberikan.
b) Lakukan semakan lakaran litar skematik

2) Buat kerja- kerja mendawai.
a) Sediakan bahan untuk membuat pendawaian.
b) Sediakan klip timah mengikut keperluan.
c) Pakukan klip timah bersama wayar
(pastikan timah tidak terlalu ketat atau longgar)
d) Lakukan pemeriksaan semula dan pastikan pendawaian tersebut mengikut litar skematik
pendawaian yang diberikan.

3) Pasang alat kelengkapan pada pendawaian.
a) Sediakan kotak pvc dan laluan wayar ke soket alur keluar.
b) Pakukan kotak pvc
c) Lakukan penyambungan wayar pada soket alur keluar dengan betul.
( wayar life pada terminal life, wayar neutral pada terminal neutral dan wayar bumi pada terminal bumi )
d) Periksa semua penyambungan yang telah dibuat.
e) Pasang soket alur keluar pada tapak pvc, skru dengan ketat dan kemas.

4) Uji hasil kerja pendawaian dan pemasangan.
a) Periksa pendawaian, pastikan dalam keadaan betul dan kemas.
b) Periksa soket alur keluar yang telah siap dipasang, pastikan dalam keadaan ketat dan
kemas.
c) Uji soket alur keluar yang telah siap dipasang. Pastikan soket boleh digunakan.
(sekiranya soket alur keluar tidak berfungsi periksa semula pada penyambungan soket
tersebut)


Peringatan !!!
Patuhi langkah- langkah keselamatan semasa menjalankan ujian litar kuasa.






Tuesday, June 29, 2010

KATEGORI WAYAR/ WARNA WAYAR BAGI PENDAWAIAN SATU FASA (SINGLE PHASE)










Kategori wayar dan warna wayar adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum seseorang itu menjalankan kerja- kerja pendawaian elektrik, sekiranya penyambungan wayar silap dilakukan ianya akan menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik atau litar pintas akan berlaku. Pendawaian terbahagi kepada 2 jenis iaitu Pendawaian Satu Fasa (single phase) dan Pendawaian Tiga Fasa (Three Phase). Kaedah Pendawaian Satu Fasa sesuai digunakan untuk bangunan kecil yang tidak menggunakan peralatan elektrik yang banyak dan tidak memerlukan bekalan elektrik yang tinggi antaranya seperti rumah, pejabat kecil dan kedai. Manakala kaedah Pendawaian Tiga Fasa kebiasaannya digunakan bagi sebuah bangunan yang besar antaranya seperti sekolah, universiti, bangunan pejabat dan masjid.
Bagi Pendawaian Satu Fasa (single phase), wayar asas pendawaian terbahagi kepada tiga jenis.
* Tiga wayar asas tersebut adalah:
a) Wayar Hidup (Life)
b) Wayar Neutral
c) Wayar Bumi (Earth)

Setiap jenis wayar yang digunakan dalam kerja pendawaian mempunyai warna yang berbeza. Ini bertujuan agar ketiga- tiga wayar ini dapat dibezakan bagi mengelakkan berlaku kesilapan semasa membuat penyambungan pada pendawaian.
* Kategori wayar mengikut warna tersebut adalah :
a) Wayar Merah/ Coklat - Wayar Hidup (Life)
b) Wayar Biru/ Hitam - Wayar Neutral
c) Wayar Hijau/ Hijau jalur kuning - Wayar Bumi (Earth)

Perlu diingat, setiap jenis wayar hanya boleh disambung dengan jenis wayar yang sama sahaja. Pastikan langkah- langkah keselamatan dipatuhi semasa membuat kerja pendawaian dan elakkan kecuaian.




SIMBOL KESELAMATAN

















Simbol Keselamatan merupakan satu tanda peringatan yang amat penting dan perlu dipamerkan di dalam bengkel atau tempat kerja. Dengan adanya simbol- simbol keselamatan ini, risiko berlaku kemalangan di tempat kerja dapat dikurangkan. Setiap simbol yang dipamerkan mempunyai makna tertentu dan bersesuaian mengikut tempat/ bengkel. Kebiasaan simbol yang banyak dipamerkan adalah dari kategori pakaian keselamatan seperti pelindung mata, pelindung muka, pelindung telinga, topi keselamatan, kasut keselamatan dan baju keselamatan.

Kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja adalah berpunca daripada kecuaian diri sendiri dimana mangsa tidak mematuhi arahan- arahan keselamatan dan papan tanda keselamatan yang dipamerkan. Akibat kecuaian ini ada mangsa yang mengalami kecederaan parah, hilang anggota badan dan ada yang kehilangan nyawa. Perlu diingati, kejadian yang tidak diduga ini boleh berlaku pada bila- bila masa sekiranya ada kecuaian dilakukan oleh seseorang individu/ pekerja.

Simbol -simbol keselamatan yang ada digunakan adalah simbol yang sama dan standard digunakan di semua sektor industri. Simbol keselamatan yang dipamerkan perlulah jelas dan mudah difaham oleh siapapun yang melihatnya.
Terdapat pelbagai jenis simbol yang digunakan antaranya adalah
:
i ) Dilarang Masuk
ii ) Awas!!
iii ) Safety First, Work Safely
iv ) Dll;

Oleh itu, semua pihak perlu sedar dan peka terhadap kepentingan simbol- simbol keselamatan ini. Sentiasalah patuh dengan arahan- arahan keselamatan dan simbol keselamatan yang anda lihat bagi menjamin keselamatan diri anda sendiri.